Markas tentera Ibu_pejabat

Markas tentera mempunyai banyak bentuk bergantung pada saiz dan jenis unit atau formasi yang mereka kuasai. Biasanya, mereka dipecahkan kepada komponen hadapan, utama dan belakang, didalam negara-negara NATO, dan mereka yang mengikuti organisasi itu dan doktrin bekas Soviet Union (lihat Isby, 1988).

Markas (singkatan MK) hadapan atau taktikal (dikenali sebagai singkatan 'Tac') adalah sekumpulan kecil staf dan komunikator. Biasanya sangat mudah alih, ia wujud untuk membolehkan komander bergerak ke hadapan dalam sesuatu operasi, dan memerintah bahagian utama daripada sesuatu posisi di mana mereka boleh melihat kawasan tanggungjawab dan mempengaruhi orang bawahan terdekatnya.

MK utama (dikenali sebagai 'Utama') adalah kurang bergerak dan terlibat didalam perancangan dan pelaksanaan operasi. Terdapat sejumlah staf berkumpul disini dari pelbagai cabang staf bagi menasihati komander, dan bagi mengawal pelbagai aspek perancangan dan pelaksanaan operasi yang berbeza-beza. MK utama bagi formasi besar akan mempunyai seorang ketua staf (CoS) yang menyelaras kerja staf; untuk MK yang lebih kecil kerja ini mungkin dilakukan oleh second-in-command.

MK logistik atau bahagian belakang ('Rear') adalah jauh dari pertempuran atau garisan depan dalam operasi konvensional. Fungsinya ialah memastikan bantuan logistik untuk pasukan garisan depan, iaitu dengan menguruskan penghantaran bekalan tempur, material dan kelengkapan ke mana-mana sahaja yang diperlukan, dan dengan mengurus perkhidmatan sepertiperubatan kombat, pemulihan peralatan dan pembaikan.[3]